Picture

BUMI KITA
TANGGUNGJAWAB KITA

Bersama-samalah kita bertanggungjawab memelihara khazanah bumi kita. Laman ini sekadar membantu memberi sedikit pengetahuan tentang khazanah ciptaan Tuhan sebagai panduan. Sayangilah bumi kita
Picture
Hari Alam Sekitar Sedunia disambut pada 5  Jun setiap tahun

WWF adalah ringkasan kepada World Wide Fund For Nature

Logo WWF ialah PANDA kerana binatang ini unik dan hanya terdapat di negara China sahaja

Hari Pokok Sedunia disambut pada 27 September setiap tahun

22 Mei merupakan Hari Biodiversiti Sedunia

MASYARAKAT KURANG PRIHATIN TERHADAP ISU ALAM SEKITAR

Picture
Hari Alam Sekitar Sedunia atau World Environment Day disambut pada 5 Jun setiap tahun. Hari Alam Sekitar Sedunia telah dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972 dan Program Persekitaran PBB (UNEP) juga ditubuhkan pada tahun yang sama untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.

            Masyarakat Malaysia tidak cakna dan prihatin kewujudan Hari Alam Sekitar Sedunia ini  kerana mereka tengah menggaru kepala memikirkan kenaikan harga minyak yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

            Seharusnya masyarakat mengorak langkah menjadikan Hari Alam Sekitar Sedunia sebagai hari mentajdidkan semangat mengharmonikan dan melestarikan alam sekitar. Cukup banyak isu-isu yang berhubung dengan alam sekitar yang menjadi paparan utama arus media perdana negara. Media-media ini menjuarai isu-isu alam sekitar yang telah dinodai oleh tangan-tangan rakus masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Kebertanggungjawaban media ini dapat dilihat seperti akhbar-akhar tempatan yang meletakkan ruangan Alam Sekitar, media TV3 yang menjadikan Karam Singh Walia sebagai wartawan yang membawa isu alam sekitar di Malaysia yang.

            Terlalu banyak isu alam sekitar yang diperkatakan dan direncanakan dalam melestarikan alam semulajadi ciptaan Allah Tuhan yang Maha Agung. Isu pembakaran terbuka masih berlesuasa, isu pencemaran sungai usah dikata, isu pembuangan sampah merata-rata tidak terkira hatta isu haiwan yang patut dilindungi juga menjadi mangsa kerakusan dan ketidakbertanggungjawaban manusia. Masyarakat sudah lari dari fitrah asal yang mana sepatutnya diri yang dilantik oleh Allah sebagai khalifah menjadikan alam sekitar pentas untuk dijaga dan diharmonikan. Kita masih ragu-ragu, kenapa sungai yang kita pelihara dengan pelbagai kempen kesedaran serta pembersihan yang terurus tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Jika hari ini Majlis Bandaran membersihkan sungai pastinya esok kotor kembali apatah lagi masyarakat yang bergotong royong membersihkan kawasan perumahan, tetapi kesudahannya masih kekal kotor.

            Kita seharusnya sedar bahawa masyarakat mempunyai hak untuk mendapatkan alam semula jadi yang sihat dan selamat. Ia telah termaktub dalam 8 hak pengguna yang telah diisytiharkan oleh International of Consumer Unions (IOUC). Seharusnya hak ini menjadi tanggungjawab bersama dengan agenda yang telah direncanakan dalam buku Panduan Pengguna. Semua pihak berperanan sama dalam soal ini seperti pihak kerajaan, pihak industri dan peranan pengguna.

            Terlalu banyak program dan aktiviti kesedaran mengenai alam sekitar seperti seperti kempen sayangi sungai kita, pertandingan menulis esei alam sekitar, gotong royong, kempen kitar semula dan sebagainya. Permasalahan yang timbul adalah segala program dan kempen yang dibuat hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri masyarakat.

            Seharusnya masyakat bersama-sama berganding bahu menjadikan alam semulajadi ini sebagai satu medan untuk dilestarikankan. Masyarakat sememangnya mengerti kesan dan akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini, tetapi gerak kerja untuk memurnikannya masih kurang. Sewajarnya masyarakat harus sedar alam semulajadi yang dianugerahkan bukanlah satu benda yang boleh di “recycle” atau dikitar semula, tetapi ianya mestilah diharmonikan dan dijaga. Allah telah meletakkan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sikap kebertanggungjawaban, jadi masyarakat haruslah memainkan peranan untuk melestarikan alam ini agar ianya harmoni, aman dan makmur. Selamat Hari Alam Sekitar Sedunia kepada semua masyarakat agar agenda melestarikan alam sekitar ini terus dilaksanakan.

 

ZULZAIDI BIN MAHMOD
JABATAN SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA.


MASA ITU EMAS


Bilangan Pelawat
Website counter
Cuaca Hari Ini
Picture