CUCUR ATAP

Nama Botani

Beackea Frutescens

Nama Lain

Cucur Atap, Corong Atap

Famili

Melastomaceae

Pengenalan

Cucur atap adalah sejenis pokok kecil yang boleh mencapai ketinggian sehingga 6 m. Batang dan dahannya keras serta kuat. Kulit batang berwarna kelabu, berkeadaan merekah dan berlurah. Daunnya kecil atau halus seperti jarum, tersusun secara bertentangan dan mengeluarkan aroma bila dihancurkan atau diramas. Bunga berkeadaan tunggal atau berpasangan,  bewarna putih dengan gelang hijau di bahagian tengah yang kemudian bertukar menjadi merah. Tumbuhan ini didapati hidup secara liar dikawasan tanah bris dan juga tumbuh subur ditanah mineral.

 

Khasiat dan Kegunaan

Secara tradisi digunakan sebagai teh herba untuk kesihatan. Daunnya dikatakan mempunyai keupayaan untuk merawat demam, antibakteria dan melancarkan peredaran haid. Ia juga digunakan bagi merawat selsema, sakit kepala, demam campak, uluran dan juandis dengan cara mengasapkan pesakit melalui pembakaran daun kering atau menghidu wap air rebusan daun segar. Minyak patinya yang diperoleh melalui ekstrasi daun, digunakan untuk mengurut bagi menghilangkan sakit urat atau sakit-sakit badan.