KEMUSNAHAN HUTAN MALAYSIA

Picture
Malaysia merupakan negara yang mencatatkan rekod kemusnahan hutan tertinggi dikalangan negara-negara tropika
Statistik daripada Food and Agriculture Organization of the United Nations (FAO)menunjukkan Malaysia mengalami peningkatan 86% kadar kemusnahan hutan pada tahun kajian 1990-2000 & 2000-2005

Secara purata semenjak tahun 2000 Malaysia telah mencatat kemusnahan hutan sebanyak 140,200 hektar setiap tahun, 0.65% daripada jumlah hutan di Malaysia
Sebagai bandingan kawasan Asia Tenggara pula mencatat kadar kemusnahan hutan sebanyak 78,500 hektar (0.35%) pada tahun 1990-an

Pemusnahan hutan [deforestation] merupakan satu istilah yang berbeza berbanding pembalakan [ logging]
Pembalakan tidak semestinya akan memusnahkan seluruh kawasan hutan yang terbabit kerana usaha pembalakan hanya melibatkan jenis kayu balak tertentu yang mempunyai nilai dipasaran.
Sebaliknya kemusnahan hutan bermaksud seluruh kawasan hutan terbabit telah ditukar guna untuk kegiatan manusia seperti pertanian, penempatan, perindustrian, dan sebagainya.

Didalam tempoh kajian yang dilakukan, 1990 -2005, Malaysia telah gagal menyediakan data kepada PBB bagi perubahan atau kemusnahan yang berlaku terhadap hutan primer
Untuk makluman, hutan primer merupakan hutan dara yang masih belum diteroka, diganggu atau diubah oleh kegiatan manusia, yakni tiada kesan fizikal yang kelihatan dek gangguan manusia samada dizaman kini atau zaman silam
Hutan primer merupakan khazanah paling berharga daripada aspek kepelbagaian flora dan fauna, menyimpan seribu satu rahsia berharga yang masib belum dieksploitasi.
Kegagalan Malaysia menyediakan data perubahan yang berlaku terhadap hutan primer membuktikan suatu kelemahan yang kronik telah dan sedang wujud disektor pentadbiran hutan.



Pada tahun 1984, buat pertama kali Malaysia mempunyai akta yang jelas bagi mengawal kemusnahan hutan lantaran faktor pembalakan
Malaysia mungkin boleh dikatakan mempunyai akta kawalan hutan yang paling baik di Asia Tenggara
Namun di aspek perlaksanaan Malaysia jelas jauh terkebelakang berbanding negara Asia Tenggara yang lain



Pada tahun 2005, walaupun gambar satelit jelas menunjukkan pencerobohan hutan secara berleluasa berlaku di Sarawak
Kumpulan Syarikat Samling masih menafikan tuduhan yang dibuat oleh badan-badan NGO terhadap kerakusan pembalakan yang mereka lakukan

Litupan hutan hujan tropika di Malaysia merudum dengan hebat bermula tahun 1970-an
Walaupun FAO menyatakan 60% bumi Malaysia dilitupi hutan
Hanya 11.6 % hutan masih kekal tidak diganggu

'Political Will' yakni kesanggupan pihak pemerintah untuk melaksanakan segala undang-undang [penguatkuasaan] akan menentukan nasib hutan hujan tropika di Malaysia
Kita bertuah kerana mempunyai hutan hujan tropika yang boleh dikatakan terbaik di dunia
Sayangnya nikmat kurniaan Allah swt ini tidak dijaga, malah dimusnahkan dengan rakus
Budaya rasuah dan keganasan pihak berkuasa membolot hasil balak akan membawa padah kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia secara umumnya


Masa untuk berubah!!!