STEVIA - PEMANIS GULA TEBU

Picture
Stevia merupakan satu jenis tanaman yang baru buat rakyat Malaysia.Walaupun begitu stevia merupakan pemanis semulajadi dan menjadi pengganti kepada gula tebu.Hanya beberapa tahun kebelakangan ini terdapat syarikat yang mengkomersialkannya sebagai alternatif kepada gula putih.

Stevia merupakan tanaman yang berasal dari Amerika Selatan dan Amerika tengah.Digunakan secara meluas oleh petani di Paraguay,Brazil dan Bolivia sebagai pemanis semulajadi di dalam minuman mereka.Merupakan tanaman dari keluarga bunga matahari.


Maklumat tentang Stevia.

  • Merupakan pemanis yang digunakan oleh kaum Red indian Guarani ,Paraguay sejak 1500 tahun dahulu.
  • Subur di kawasan sub tropika terutama di Amerika Selatan
  • Stevia berasal dari perkatan Latin
  • Pertama kalinya dikaji secara saintifik oleh Pedro Jaime Esteve dari sepanyol
  • Estraknya mempunyai rasa manis 300 kali ganda dari gula biasa.
  • Rasa manisnya tidak mempunyai kalori,sesuai untuk peskit kencing manis.
  • Jenis Rebaudiana,merupakan paling popular serta dikormersialkan di seluruh dunia.
  • Negara Jepun merupakan negara yang menggunakan stevia sebagai pemanis sejak 1970 an dan merupakan penggunakan terbesar di dunia dengan memasukkan manisan Stevia di dalam pelbagai produk makanan serta minumannya secara meluas.
  • Kandungan utama Stevia ialah Glikosida Steviol dan Rebaudioside.
  • Pakar botani Paraguay, Moises S Bertoni banyak menulis mengenai tumbuhan ini sehingga ramai yang tahu keunikan dan kelebihannya.
  • Stevia pada awalnya dilarang di USA,kemudiannya sejak tahun 2008 dibenarkan sebagai bahan makanan tambahan.
  • Merupakan tanaman popular di seluruh dunia termasuklah Jepun,Malaysia dan Eropah.
  • Dikenali dengan pelbagai nama, termasuklah SweatLeaf( negara barat),teh manis,daun herba manis serta pelbagai nama tempatan mengikut negara yang menanamnya.
  • Khasiat dari segi perubatan pelbagai,namun terbukti sebagai gantian kepada gula bagi pesakit diabetes.