Reuse,Reduse,Recycle - Tips Hijau

Lingkungan Kawasan Rumah
  • Tukarkan mentol lampu berfilamen kepada lampu ‘ energy saving ‘.
  • Gunakan produk mesra alam di dalam kawasan rumah.
  • Cari barangan yang boleh dikitar semula di dalam rumah dan mulakan untuk kitar semula.
  • Turunkan darjah kepanasan air pada water heater di dalam bilik air rumah anda kepada kepanasan yang berpatutan jangan terlampau panas kerana air akan mengalami proses pemeluwapan. Kurangkan penggunaan air
  • Matikan laptop/pc anda pada malam hari, elakkan standby mode.
  • Gunakan ampaian untuk menyidai baju, jangan gunakan pengering pakaian kerana ianya melibatkan penggunaan tenaga yang banyak.
  • Matikan lampu dan juga barangan elektrikal ketika tidak digunakan.
Lingkungan Jalan Raya
  • Berbasikal atau gunakan kenderaan awam semampu yang boleh kerana ianya sangat mesra alam.
  • Jika terpaksa menggunakan kereta , amalkan perkongsian kereta bersama jiran atau rakan – rakan untuk ke tempat kerja.
  • Sentiasa amalkan penggunaan kenderaan awam paling kurangkan sekali dalam seminggu.
Lingkungan Bilik Air
  • Jangan biarkan paip air mengalir semasa memberus gigi atau pun semasa bercukur.
  • Memasang penjimat air pada paip air dan juga shower – jimat dalam jangka masa air.
Lingkungan Taman

  • Siram pokok bunga anda pada waktu pagi atau pun malam untuk mengelakkan proses penyejatan air oleh tenaga matahari.
  • Besarkan sayur, pokok, buah – buahan, dan sebagainya tanpa menggunakan racun perosak.
  • Bermulalah proses kompos – campakkan lebihan sayuran, daun gugur, dan sebagainya.
Semuga kita akan sedar mengenai kehijauan bumi ini sangat diperlukan satu hari  nanti,

jangan tunggu mulakan sekarang!

Sekadar berkongsi

Petikan : http://mohamadzamri.wordpress.com/